Salam..
Pernahkah anda mendengar nama ustaz ini? Beliau merupakan salah seorang ustaz yang amat saya sanjungi yang juga anak saudara kepada penceramah bebas yang terkenal lagi alim serta tawadhuk iaitu Dr Zulkifli Al-Bakri. Ustaz Rashidy mempunyai gaya penyampaian yang lebih kurang sama dengan Dr Zul terutama dengan loghat Terengganunya, namun ia tetap mampu difahami bahkan isi penyampaiannya nyata bernas dan menarik. Kedua-dua ustaz ini cukup saya hormati bukan kerana ketinggian ilmunya sahaja, bahkan dengan akhlaknya yang baik, ia cukup lembut untuk menyentuh hati masyarakat. Kedua-duanya cukup ramah dan merendah diri. Yang menarik tentang Ustaz Rashidy ialah apabila bersalaman dengannya selepas majlis ilmu, dia sentiasa bertanya khabar kepada sesiapa sahaja yang bersalam dengannya beserta dengan senyuman yang melirik di wajahnya, membuatkan kita merasa segan dengan sikap tawaduknya itu. Bahkan, dia juga sentiasa memberi salam kepada sesiapa jua, seperti yang saya alami semalam, semasa berborak dengan seorang kawan di atas motor di tempat parking, tiba-tiba Ustaz memberi salam dengan suara yang jelas, "Assalamualaikum". Ini bukan kali pertama yang saya diberi salam oleh seorang yang lagi mulia daripada saya, ini adalah yang kali kedua, bahkan yang pertama kali juga adalah di tempat sama selepas solat jumaat tak berapa lama dahulu.
Tulisan ini bukannya ingin membandingkan antara kedua ustaz kita yang cukup kita sayangi ini, bahkan kedua-duanya terkenal kerana mempunyai ilmu dalam dua bidang yang berbeza, Dr Zul dengan ilmu tasawufnya, yang terpancar pada akhlaknya, manakala Ustaz Rashidy dengan ilmu perbandingan agama, perbahasan tentang bible dan lain-lain hujah orang kristian, semuanya beliau tahu untuk menangkis setiap serangan itu. Ringkasnya, beliau bagus dalam bidang akidah.
Semalam. sempat sekali lagi mendengar kuliah agama daripada beliau. Kerana hadir sedikit lewat, saya masih dapat sesuatu yang berharga dimana sesi soal jawab yang cukup menarik. Soalan daripada seorang ahli jemaah tentang syiah. Orang berfahaman syiah selalu mendakwa hadis-hadis yang diriwayatkan oleh mereka semuanya daripada ahlul-bait seperti Saidatina Aishah, Saidina Jaafar dan lain-lain, maka tentulah hujah mereka lebih kuat berbanding hujah Sunni yang lebih banyak meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah dan para sahabat yang lain. Logiknya memang macam tu. Cerita daripada seorang ahli keluarga tentulah lebih kuat daripada cerita seorang kawan. Namun dijawab Ustaz Rashidy, mana mungkin Ahlul Bait menghina para sahabat seperti yang biasa dilakukan oleh orang Syiah. Bahkan Saidina Jaafar tidak mungkin menghina dan mencaci para sahabat, seperti yang didakwa oleh Syiah. Syiah ni sememangnya cukup terkenal dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang kotor termasuklah menghina para sahabat.
Anda kenal Ayatollah Khomeini? Iaitu ulama syiah di Iran yang cukup tekenal, tapi juga pernah mengeluarkan fatwa yang cukup memesongkan dan kotor. Pertama, seorang muslim boleh menyewakan isterinya kepada mana-mana tetamu yang hadir ke rumahnya dengan alasan untuk memuliakan tetamu. Ni apa kes? Kedua, muslim juga boleh melepaskan syahwat, tapi bukanlah bermaksud setubuh, kepada anak-anak mereka dan sesiapa yang mereka miliki, sehinggakan meletakkan kemaluan pada pangkal paha seorang bayi yang baru lahir. Astaghfirullah. Inilah kata-kata dusta yang cukup parah dan kotor yang Ustaz Rashidy rasa malu nak cakap di depan jemaah.
Sidang pembaca, fahaman syiah cukup-cukup berbahaya kepada umat Islam terutama bagi kita di Malaysia yang nampaknya semakin menular terutama di IPT-IPT. Kalau tak silap yang saya dengar dari Ustaz Rashidy, menurut Imam Syafie, tidak ada dusta yang paling teruk di dalam kalangan umat Islam melainkan dusta ulama Syiah.
By the way, hari ini saya cuma ingin memperkenalkan kepada anda semua seorang ustaz yang saya hormati. Sekarang beliau masih lagi berkhidmat di Jakim. Tak tahulah, persepsi masyarakat terhadap Jakim cukup serong, sedangkan mereka mempunyai ustaz-ustaz yang tak kurang hebatnya, berbanding kita ni yang sekadar orang awam. Kita kena juga sedar di mana kedudukan kita. Anyway, berkenal-kenallah dengan Ustaz Rashidy di laman blog beliau disini.
Wassalam.
Pages
MUHASABAH
Sudahkah anda berselawat hari ini? Tahu tak, seorang alim pada zaman dahulu pernah berkata, "Aku tahu bila akan Allah berselawat kepadaku". Orang ramai terkejut lalu bertanya, "Ya sheikh, mengapakah kamu jadi begitu bongkak seolah-olah kamulah tuhan?" Lalu dia menjawab, "Sesungguhnya apabila seorang hamba berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali".
Friday, 23 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pelaburan saham koperasi merupakan salah satu instrumen yang mampu memberikan pulangan yang agak lumayan pada kadar risiko yang rendah. Buk...
-
Alahai.. Ada jugak ke orang yang tanya soalan macam ni? Ada lagi ke yang tak pandai scan gambar ke apa-apa dokumen ni? Ada. Akulah tu. Seben...
-
Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga masalah: i) Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasur...
-
Sempena dengan pertandingan OSKIC tidak lama lagi, suka saya berkongsi dengan mahasiswa-mahasiswa lain terutama yang masih belum biasa deng...
-
Demikian menurut berita dari Astro Awani, pagi tadi. Memang saat yang ditunggu-tunggu. Paling kurang dapatlah tukar telefon saya yang lama...
-
Ni adalah gajet yang disediakan oleh laman web Al-habib.com. Benda macam ni banyak je ada kat internet, tapi saya percaya yang ramai orang...
-
Dalam program Bicara TV Al-Hijrah semalam menampilkan dua figure terkenal negara iaitu Dr MAZA, iaitu mantan mufti negeri Perlis dan Dato D...
-
Hari ini 28 Julai, adalah hari penentuan kepada semua calon MUET sesi Julai yang bakal menjawab written test. Good luck kepada anda semua s...
-
Esok 31 Mei, biasanya public mutual akan mengisytiharkan dividen untuk beberapa dananya termasuklah Public Ittikal. Seperti tahun2 sebelumny...
-
Jom tonton... -part 1- ...
memang mereka suka rendah dirikan...
ReplyDeleteyup... kita pula jd segan dgn mereka
ReplyDelete